Friday, March 14, 2008

PENDERAAN KANAK-KANAK by NORNADIA MAMAT


Salam perpaduan…Salam ukhuwah buat semua teman seperjuangan di USM terutama ‘Preschool Student’

‘Didiklah anak-anakmu supaya mereka boleh hidup pada zaman yang berlainan sekali dengan zamanmu’ Saidima Ali

Renung-renungkanlah kata-kata di atas…

Saya menjanjikan satu topik yang menarik untuk dikongsi bersama…semoga topik ini memberi seribu satu pengetahuan yang berguna untuk kita semua…bakal pendidik!!!

TAJUK: PENDERAAN KANAK-KANAK

Saya memilih tajuk ini sebagai satu isu yang perlu diberi perhatian oleh guru masa kini. Saban waktu, pelbagai berita dipaparkan pada media massa dan media cetak tentang keganasan guru mendera pelajar. Di manakah krebiliti guru jika sanggup melakukan keganasan kepada pelajar sendiri? Bukankah tugas guru mendidik, membimbing, menolong, menasihat….Impak dari isu inilah saya ingin berkongsi idea dan pendapat dengan rakan-rakan semua.

Penderaan Kanak-Kanak
Apakah yang kamu faham tentang penderaan kanak-kanak?Adakah sekadar dicubit, ditampar, dipukul atau dicucuk dengan puntung rokok?Sebenarnya, penderaan kanak-kanak memberi maksud sebarang pelakuan salah laku terhadap kesihatan fizikal atau kesihatan emosi serta perkembangannya. Terdapat empat jenis penderaan kanak-kanak yang paling ketara iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan pengabaian.

Penderaan Fizikal
Penderaan fizikal adalah suatu pelakuan yang sengaja dilakukan terhadap fizikal kanak-kanak. Apakah bentuk penderaan fizikal kanak-kanak? Antaranya adalah:


  • Memukul, merotan, mencubit, menumbuk, menampar atau mengetuk

  • Menolak, menggoncang, menyepak atau membaling

  • Mencubit, menggigit, menarik rambut

  • Membakar dengan puntung rokok, menyimbah air panas

Adakah anda melakukan penderaan fizikal kepada anak anda berdasarkan ciri-ciri pelakuan di atas?

Penderaan Seksual
Penderaan seksual adalah sebarang pelakuan seksual antara orang dewasa dengan kanak-kanak. Apakah pelakuan tersebut?

Ini adalah contoh-contoh pelakuan seksual yang dimaksudkan:

  • Memegang atau mencium di bahagian kemaluan kanak-kanak
  • Memaksa kanak-kanak memegang bahagian kemaluan seseorang.
  • Menjolok, melakukan seks, sumbang mahram, merogol.
  • Mendedahkan kanak-kanak melakukan perlakuan seks sebagai contoh menceritakan gambaran lucah.
  • Mengintip kanak-kanak di bilik mandi atau bilik tidur.
  • Pelacuran kanak-kanak.

Di atas adalah sebahagian contoh pelakuan penderaan seks yang dilakukan kepada kanak-kanak. Persoalannya, kenapa orang dewasa yang dikurniakan akal fikiran yang waras oleh Allah S.W.T sanggup melakukan pelakuan yang kejam itu kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia?Tidak adakah perasaan belas kasihan dalam diri pada waktu itu?

Penderaan emosi
Penderaan emosi pula bermaksud apa jua sikap, pelakuan, atau kegagalan seseorang pengasuh menjaga, serta menggangu perkembangan kesihatan mental atau sosial kanak-kanak. Sebagai contoh penderaan emosi ialah:
# Tidak mempeduli, menarik perhatian atau menolak

# Kurang menunjukkan kasih sayang fizikal seumpana pelukan.

# Kurang memberi kata-kata pujian atau menyatakan perasaan ‘sayang’

# Menjerit atau memekik

# Menggunakan istilah yang tidak baik kepada kanak-kanak seperti ‘babun’

#Menghukum dengan keterlaluan seperti mengurung di dalam almari atau di tempat yang gelap

Pernahkan diri anda melakukan perkara ini kepada anak-anak anda?Jika ‘ya’ anda adalah ibu bapa yang tidak mempunyai perasaan. Anak-anak adalah individu yang perlu dibelai, dimanja dan dikasihi bukan untuk untuk dimarahi, diherdik..

Didiklah mereka dengan sebaik-baiknya, janganlah biarkan emosi anda menguasai pemikiran…Tahukah anda..jika mereka dimarahi, diherdik, dicerca, kurang kasih sayang dari kecil, tidak mustahil mereka membesar dengan emosi yang tidak stabil dan penuh kecelaruan. Fikir-fikirkanlah…didiklah anak anda dengan penuh keredhaan.

Penderaan pengabaian
Apakah penderaan pengabaian? Adakah pengabaian dari segi makan dan minum? Tidak!
Penderaan pengabaian adalah kegagalan untuk memberi keperluan asas kepada kanak-kanak iaitu pengabaian dari segi :

Fizikal
- makanan tidak cukup, tempat tinggal yang tidak selesa, kurang memberi tunjuk dan perhatian, kanak-kanak terbiar tanpa panduan

Pendidikan
- Pengabaian ini berlaku apabila pihak ibu bapa gagal memasukkan anak mereka belajar ke sekolah apabila mencapai umur persekolahan.

Pengabaian emosi
- Kekurangan sokongan emosi dan kasih sayang seperti keganasan rumah tangga yang disaksikan oleh kanak-kanak

Mengenali simptom- simptom penderaan kanak-kanak. Apakah simptom-simptonya?..mari kita selidiki..
o Tanda melecur, luka lebam
o Tanda kena gigit
o Mengasingkan diri daripada kawan-kawan
o Takutkan orang dewasa
o Tekanan atau rasa rendah diri

Adakah anda tahu bagaimana tanda-tanda penderaan emosi?Ini adalah tanda-tanda penderaan emosi yang boleh dikesan:
# Tertekan
# Sikap tidak peduli
# Bermusuhan
# Makan tidak menentu
# Kurang penumpuan


Ini pula tanda-tanda penderaan seksual yang biasa dilakukan kepada kanak-kanak
# Merahsiakan sesuatu
# Ingin membunuh diri
# Takut terhadap salah seorang ahli keluarga
# Mengigau
# Perlakuan menggoda

Apakah tanda-tanda penderaan pengabaian? Di bawah saya senaraikan beberapa contoh penderaan pengabaian kepada kanak-kanak
# Tiada tunjuk ajar
# Memakai pakaian yang tidak sesuai
# Tidak mandi/kusut masai
# Terlalu lapar
# Kurang kasih sayang daripada keluarga terutama ibu dan bapa

Apakah sebab-sebab penderaan kepada kanak-kanak? Jom kita lihat apakah sebab-sebab sesetengah individu sanggup melakukan penderaan ini kepada kanak-kanak yang tidak berdosa ini?
# Tekanan
# Tiada pekerjaan
# Penyalahgunaan dadah
# Kekacauan rumah tangga
# Pengalaman dera masa kecil

Bagaimana cara-cara menghalang penderaan kanak-kanak?
# Mewujudkan program pendidikan pengasuh kanak-kanak tentang penjagaan kanak-kanak yang betul
# Pengawalan emosi yang bagus
# Memiliki ilmu agama yang kuat/ Mengingati Allah setiap masa
# Sentiasa mengambil berat kebajikan anak-anak dan tunjukkan aksih sayang yang berpanjangan
# Mengadakan kempen/seminar untuk ibu bapa.


Peranan guru dalam mendidik kanak-kanak daripada didera..Jom baca sama-sama
# Pesan kepada kanak-kanak supaya kata ‘tak mahu’, ‘tak nak’,kepada orang yang tidak dikenali
# Tidak melayan atau bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali
# Menyuruh kanak-kanak berada dalam kumpulan sewaktu menunggu ibu bapa datang menjemput di sekolah dan elakkan dari kawasan yang sunyi
# Mendidik kanak-kanak supaya memberitahu kepada ibu bapa tentang segala perkara yang berlaku setiap hari


Macam mana, adakah anda sudah dapat sedikit pengetahuan baru tentang penderaan kanak-kanak? Jika ya..alhamdulillah..jadi sebagai orang yang lebih dewasa, berfikiran matang, marilah sama-sama kita membela nasib kanak-kanak yang tidak berdosa ini…ingat! Mereka adalah perintis masa depan negara, didiklah anak-anak bangsa kita dengan baik supaya menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat..bukannya memusnahkan masa depan mereka!!!

Sebelum saya melabuhkan tirai..sekali lagi saya mengingatkan, kanak-kanak diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan dengan kebaikan..bukanlah mencorakkan mereka dengan sesuatu pelakuan yang tidak elok di mata..Fikir-fikirkanlah!!!

Jika ada sebarang komen dan cadangan yang membina…sudi-sudikanlah melayari blog saya di alamat:
http://nadiamamat.blogspot.com/ atau
http://nurulnadianas.blogspot.com/

Saya akhiri dengan dua rangkap pantun:
‘Daun selasi, daun keladi
Terima kasih, jumpa lagi’

Yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T. yang buruk itu datang dari saya…

Wassalam

1 comment:

adilah said...

Assalamualaikum kak, Dila amat tertarik dengan post ini, Dila telah linkkan post ini dengan post dila di
http://melayubestariku.blogspot.com/2010/03/ibu-seronok-berzina-anak-terdera.html

Terima Kasih