Sunday, March 16, 2008

Life is A fairytale by nurulaini zainuddin


Hai.. best kan tajuk tu.rasa cam dalam alam fantasi jer kan.. cubit je tangan..ouch!! sakit!!!!! dalam alam nyata rupanya.. tapi itu la yg paling kita suka buat.. dreaming..it’s true rite!!.. dream,dream, nothing can changes in our life.. we always dreams that one day we can be sumone else.. married with prince and princess charming and so on… ha ha ha.. its funny!! but it is one process in our life.. everybody will face it.. we cant stop the day dreaming.. But we can control it. and sometime we perhaps to make it reality. If we want to relate to preschool component.. its can integrate to all of component that build up our child critical thinking, our fine and gross motor and others... so what’s up guys.. Why we want to stop if our child does the same things? It’s normal.. Ask yourself either u can stop your dreaming or not.. if yes. U can stop others..
Imam kita, Al Ghazali penah memberitahu kanak-kanak adalah Mumaiyiz iaitu suci, bersih,mempunyai hati dan jiwa yang kosong. Baginya kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja acuan yang diingini oleh ibubapa mahupun pendidik.
Setiap kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi dalam sesuatu perkara. Kanak-kanak sangat kreatif dalam melakukan sesuatu perkara untuk memenuhi citarasa mereka. Sebagai contoh apabila mereka melakar atau membina sesuatu permainan seperti melukis kereta, orang atau apa sahaja, ia datangnya daripada imaginasi mereka sendiri. Oleh sebab itu, hasil yang diperoleh adalah lukisan yang pelik yang tidak terjangkau akal orang dewasa.
Menurut Anne Kite dalam (Research Education No.68 Summer 2001), terdapat satu program yang dibina untuk membantu kanak-kanak pada masa ini untuk menjadi kanak-kanak yang lebih efektif dalam pemikiran dan pembelajaran. Menurut beliau lagi, program ini adalah program lanjutan kajian Sastera dimana responden nya terdiri daripada kanak-kanak tadika. Kajian ini semuanya berkaitan dengan daya imaginasi kanak-kanak yang dapat meningkatkan pemikiran yang afektif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sayangnya, di Malaysia, orang dewasa menganggap imaginasi kanak-kanak adalah satu perbuatan yang sia-sia. Orang dewasa selalu memperlekehkan kebolehan dan cuba menyekat imaginasi kanak-kanak dengan meminta kanak-kanak berfikiran seperti orang dewasa. Hakikatnya, perkara yang sama telah dilalui oleh semua manusia. Selain menyekat imaginasi kanak-kanak dalam lukisan, orang dewasa juga menyekat pergerakan kanak-kanak.
Kanak-kanak suka melakukan sesuatu pergerakan yang pada fikiran ibu bapa mahupun orang dewasa lain merbahaya ataupun pergeakan yang tidak diminta. Perkara ini terjadi kerana mereka selalu berimaginasi untuk menjadi terbaik dan suka membuat sesuatu perkara yang berlainan dengan apa yang telah di lakukan oleh rakan mereka. Sebagai contoh jika guru meminta kanak-kanak memilih untuk menjadi hero, mereka akan melakonkan watak apa yang yang terlintas di fikiran mereka Mereka cuba melakonkan watak seperti hero kesukaan mereka. Oleh sebab itu, pergerakan kanak-kanak tidak dapat dijangkakan. Oleh sebab itu, kanak-kanak ini dianggap buas ataupun haiperaktif. Lebih menyedihkan, setiap pergerakan kanak-kanak ini sentiasa dipantau atau dikenakan hukuman jika tidak duduk diam.
Menurut national network for child care, pergerakan kreatif ini sebenarnya berkait rapat dengan komponen fizikal. Hal ini kerana, setiap pergerakan akan membina kekuatan dan merangsang tumbesaran kanak-kanak. Sebagai contoh, bergerak seperti Superman dan Star Wars, memerlukan pergerakan seperti berlari, melompat, memanjat dan sebagainya. Walaupun kanak-kanak hanya bermain dengan jarum dan benang juga membina motor kasar dan halus pada kanak-kanak.
Oleh itu kita sebagai orang dewasa, kita harus membantu kanak-kanak dalam mengetegahkan bakat mereka. Melalui cara mereka melukis, menari, melompat dan berbagai-bagai lagi kita dapat mengesan bakat yang dianugerahkan kepada mereka. Kita tidak boleh menghalang imaginasi kanak-kanak tetapi kita boleh mengawal imaginasi kanak-kanak agar mereka tidak keterlaluan. Jika kena caranya, kita akan melahirkan generasi yang maju dan lebih berwawasan di masa hadapan. Ingatlah!! Kanak-kanak sangat memerlukan tunjuk ajar daripada orang dewasa untuk mengembangkan bakat melalui imaginasi mereka. Sekiranya kita ingin melahirkan generasi yang berwawasan, maka "Be the Change you want to see in the world".

Friday, March 14, 2008

PENDERAAN KANAK-KANAK by NORNADIA MAMAT


Salam perpaduan…Salam ukhuwah buat semua teman seperjuangan di USM terutama ‘Preschool Student’

‘Didiklah anak-anakmu supaya mereka boleh hidup pada zaman yang berlainan sekali dengan zamanmu’ Saidima Ali

Renung-renungkanlah kata-kata di atas…

Saya menjanjikan satu topik yang menarik untuk dikongsi bersama…semoga topik ini memberi seribu satu pengetahuan yang berguna untuk kita semua…bakal pendidik!!!

TAJUK: PENDERAAN KANAK-KANAK

Saya memilih tajuk ini sebagai satu isu yang perlu diberi perhatian oleh guru masa kini. Saban waktu, pelbagai berita dipaparkan pada media massa dan media cetak tentang keganasan guru mendera pelajar. Di manakah krebiliti guru jika sanggup melakukan keganasan kepada pelajar sendiri? Bukankah tugas guru mendidik, membimbing, menolong, menasihat….Impak dari isu inilah saya ingin berkongsi idea dan pendapat dengan rakan-rakan semua.

Penderaan Kanak-Kanak
Apakah yang kamu faham tentang penderaan kanak-kanak?Adakah sekadar dicubit, ditampar, dipukul atau dicucuk dengan puntung rokok?Sebenarnya, penderaan kanak-kanak memberi maksud sebarang pelakuan salah laku terhadap kesihatan fizikal atau kesihatan emosi serta perkembangannya. Terdapat empat jenis penderaan kanak-kanak yang paling ketara iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan pengabaian.

Penderaan Fizikal
Penderaan fizikal adalah suatu pelakuan yang sengaja dilakukan terhadap fizikal kanak-kanak. Apakah bentuk penderaan fizikal kanak-kanak? Antaranya adalah:


  • Memukul, merotan, mencubit, menumbuk, menampar atau mengetuk

  • Menolak, menggoncang, menyepak atau membaling

  • Mencubit, menggigit, menarik rambut

  • Membakar dengan puntung rokok, menyimbah air panas

Adakah anda melakukan penderaan fizikal kepada anak anda berdasarkan ciri-ciri pelakuan di atas?

Penderaan Seksual
Penderaan seksual adalah sebarang pelakuan seksual antara orang dewasa dengan kanak-kanak. Apakah pelakuan tersebut?

Ini adalah contoh-contoh pelakuan seksual yang dimaksudkan:

  • Memegang atau mencium di bahagian kemaluan kanak-kanak
  • Memaksa kanak-kanak memegang bahagian kemaluan seseorang.
  • Menjolok, melakukan seks, sumbang mahram, merogol.
  • Mendedahkan kanak-kanak melakukan perlakuan seks sebagai contoh menceritakan gambaran lucah.
  • Mengintip kanak-kanak di bilik mandi atau bilik tidur.
  • Pelacuran kanak-kanak.

Di atas adalah sebahagian contoh pelakuan penderaan seks yang dilakukan kepada kanak-kanak. Persoalannya, kenapa orang dewasa yang dikurniakan akal fikiran yang waras oleh Allah S.W.T sanggup melakukan pelakuan yang kejam itu kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia?Tidak adakah perasaan belas kasihan dalam diri pada waktu itu?

Penderaan emosi
Penderaan emosi pula bermaksud apa jua sikap, pelakuan, atau kegagalan seseorang pengasuh menjaga, serta menggangu perkembangan kesihatan mental atau sosial kanak-kanak. Sebagai contoh penderaan emosi ialah:
# Tidak mempeduli, menarik perhatian atau menolak

# Kurang menunjukkan kasih sayang fizikal seumpana pelukan.

# Kurang memberi kata-kata pujian atau menyatakan perasaan ‘sayang’

# Menjerit atau memekik

# Menggunakan istilah yang tidak baik kepada kanak-kanak seperti ‘babun’

#Menghukum dengan keterlaluan seperti mengurung di dalam almari atau di tempat yang gelap

Pernahkan diri anda melakukan perkara ini kepada anak-anak anda?Jika ‘ya’ anda adalah ibu bapa yang tidak mempunyai perasaan. Anak-anak adalah individu yang perlu dibelai, dimanja dan dikasihi bukan untuk untuk dimarahi, diherdik..

Didiklah mereka dengan sebaik-baiknya, janganlah biarkan emosi anda menguasai pemikiran…Tahukah anda..jika mereka dimarahi, diherdik, dicerca, kurang kasih sayang dari kecil, tidak mustahil mereka membesar dengan emosi yang tidak stabil dan penuh kecelaruan. Fikir-fikirkanlah…didiklah anak anda dengan penuh keredhaan.

Penderaan pengabaian
Apakah penderaan pengabaian? Adakah pengabaian dari segi makan dan minum? Tidak!
Penderaan pengabaian adalah kegagalan untuk memberi keperluan asas kepada kanak-kanak iaitu pengabaian dari segi :

Fizikal
- makanan tidak cukup, tempat tinggal yang tidak selesa, kurang memberi tunjuk dan perhatian, kanak-kanak terbiar tanpa panduan

Pendidikan
- Pengabaian ini berlaku apabila pihak ibu bapa gagal memasukkan anak mereka belajar ke sekolah apabila mencapai umur persekolahan.

Pengabaian emosi
- Kekurangan sokongan emosi dan kasih sayang seperti keganasan rumah tangga yang disaksikan oleh kanak-kanak

Mengenali simptom- simptom penderaan kanak-kanak. Apakah simptom-simptonya?..mari kita selidiki..
o Tanda melecur, luka lebam
o Tanda kena gigit
o Mengasingkan diri daripada kawan-kawan
o Takutkan orang dewasa
o Tekanan atau rasa rendah diri

Adakah anda tahu bagaimana tanda-tanda penderaan emosi?Ini adalah tanda-tanda penderaan emosi yang boleh dikesan:
# Tertekan
# Sikap tidak peduli
# Bermusuhan
# Makan tidak menentu
# Kurang penumpuan


Ini pula tanda-tanda penderaan seksual yang biasa dilakukan kepada kanak-kanak
# Merahsiakan sesuatu
# Ingin membunuh diri
# Takut terhadap salah seorang ahli keluarga
# Mengigau
# Perlakuan menggoda

Apakah tanda-tanda penderaan pengabaian? Di bawah saya senaraikan beberapa contoh penderaan pengabaian kepada kanak-kanak
# Tiada tunjuk ajar
# Memakai pakaian yang tidak sesuai
# Tidak mandi/kusut masai
# Terlalu lapar
# Kurang kasih sayang daripada keluarga terutama ibu dan bapa

Apakah sebab-sebab penderaan kepada kanak-kanak? Jom kita lihat apakah sebab-sebab sesetengah individu sanggup melakukan penderaan ini kepada kanak-kanak yang tidak berdosa ini?
# Tekanan
# Tiada pekerjaan
# Penyalahgunaan dadah
# Kekacauan rumah tangga
# Pengalaman dera masa kecil

Bagaimana cara-cara menghalang penderaan kanak-kanak?
# Mewujudkan program pendidikan pengasuh kanak-kanak tentang penjagaan kanak-kanak yang betul
# Pengawalan emosi yang bagus
# Memiliki ilmu agama yang kuat/ Mengingati Allah setiap masa
# Sentiasa mengambil berat kebajikan anak-anak dan tunjukkan aksih sayang yang berpanjangan
# Mengadakan kempen/seminar untuk ibu bapa.


Peranan guru dalam mendidik kanak-kanak daripada didera..Jom baca sama-sama
# Pesan kepada kanak-kanak supaya kata ‘tak mahu’, ‘tak nak’,kepada orang yang tidak dikenali
# Tidak melayan atau bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali
# Menyuruh kanak-kanak berada dalam kumpulan sewaktu menunggu ibu bapa datang menjemput di sekolah dan elakkan dari kawasan yang sunyi
# Mendidik kanak-kanak supaya memberitahu kepada ibu bapa tentang segala perkara yang berlaku setiap hari


Macam mana, adakah anda sudah dapat sedikit pengetahuan baru tentang penderaan kanak-kanak? Jika ya..alhamdulillah..jadi sebagai orang yang lebih dewasa, berfikiran matang, marilah sama-sama kita membela nasib kanak-kanak yang tidak berdosa ini…ingat! Mereka adalah perintis masa depan negara, didiklah anak-anak bangsa kita dengan baik supaya menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat..bukannya memusnahkan masa depan mereka!!!

Sebelum saya melabuhkan tirai..sekali lagi saya mengingatkan, kanak-kanak diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan dengan kebaikan..bukanlah mencorakkan mereka dengan sesuatu pelakuan yang tidak elok di mata..Fikir-fikirkanlah!!!

Jika ada sebarang komen dan cadangan yang membina…sudi-sudikanlah melayari blog saya di alamat:
http://nadiamamat.blogspot.com/ atau
http://nurulnadianas.blogspot.com/

Saya akhiri dengan dua rangkap pantun:
‘Daun selasi, daun keladi
Terima kasih, jumpa lagi’

Yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T. yang buruk itu datang dari saya…

Wassalam

Ruang sudut kelas...by Muhammad Anas.


Ruang-ruang kawasan kelas mempunyai fokus atau peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Ruang dalam kelas seharusnya dibahagi kepada sudut pembelajaran tertentu bagi membolehkan kanak-kanak nampak lebih jelas tentang pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti sudut keluarga untuk aktiviti main peranan. Selain itu, ia juga membenarkan kanak-kanak memilih ruang kegemaran mereka semasa menjalankan aktiviti bebas.

Sudut permainan blok dan puzzle merupakan sudut yang menghasilkan bunyi bising apabila kanak-kanak berinteraksi semasa berada di sudut ini. Manakala sudut bacaan pula memerlukan keadaan yang senyap supaya kanak-kanak dapat menumpukan perhatian tanpa gangguan. Oleh itu, sudut yang senyap ini perlu dijauhkan daripada sudut yang bising. Sudut permainan boleh disusun berdekatan dengan sudut permainan puzzle. Manakala sudut bacaan ataupun komputer perlu disusun jauh daripada sudut yang bising itu.

Sudut permainan puzzle dan manipulatif perlu disediakan permaidani kerana ia dapat menyerap bunyi bising. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan bunyi bising. Permaidani yang tebal seperti carpet shaggy tidak sesuai digunakan kerana ia akan menyebabkan lantai tidak rata. Tikar getah juga tidak berapa sesuai sekiranya digunakan kerana ia turut menimbulkan bunyi bising.

Merancang ruang pembelajaran perlu dibuat dengan teliti dan memerlukan perancangan yang rapi. Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di ruang pembelajaran dan persekitaran prasekolah perlu diberi perhatian yang lebih mendalam. Kesemua ruang pembelajaran (di dalam ataupun di luar) perlu disesuaikan dengan tujuan dan objektif yang ditetapkan. Keadaan itu melambangkan keperluan pengajaran prasekolah itu. Untuk ruang pembelajaran pula, ia hendaklah:

· Selesa, mendapat cahaya yang cukup dan peredaran udara yang baik

Ruang pembelajaran tersebut mesti bersih, tidak terlalu sempit oleh pelbagai perabot, pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang baik. Aspek ini sangat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya aspek ini tidak diambil kira, ia akan mendatangkan ketidakselesaan kepada guru dan kanak-kanak. Secara tidak langsung, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.

· Susun atur peralatan memudahkan pergerakan kanak-kanak

Guru perlu memastikan susun atur peralatan yang terdapat di dalam prasekolah memudahkan pergerakan kanak-kanak. Sekiranya susun atur peralatan yang tidak sistematik, ia akan menyebabkan kemalangan terutamanya kepada kanak-kanak.

· Ruang pembelajaran diwujudkan di dalam dan di luar kelas

Guru boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan ruang pembelajaran di dalam mahupun di luar kelas. Sekiranya saiz kelas agak kecil, guru boleh mewujudkan ruang pembelajaran di luar kelas bagi memastikan kanak-kanak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan sempurna dan berkesan.

· Pelbagai guna

Guru boleh menggunakan ruang tersebut bagi menjalankan pelbagai aktiviti. Misalnya, rak mainan bukan hanya sekadar menyimpan mainan tetapi ruang belakangnya boleh dijadikan papan buletin bagi menampal hasil kerja kanak-kanak.

· Sentiasa bersih, ceria, menarik dan selamat

Guru dan pembantunya perlu memastikan keadaan kelas sentiasa bersih, ceria, menarik dan selamat. Bagi memastikan keadaan kelas sentiasa bersih, guru dan pembantu guru perlu membersihkan seperti mengemas, menyapu dan menyusun bahan yang telah digunakan ke tempat asal setelah selesainya proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mewujudkan suasana yang ceria dan menarik guru boleh menggalakkan penglibatan ibu bapa seperti menerima cadangan serta idea yang bernas bagi menghasilkan prasekolah yang lebih ceria dan menarik. Sementara itu, bahan-bahan yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak perlu dilabelkan dan disimpan di tempat yang selamat dan berkunci.

· Ruang dan susun atur boleh diubah mengikut situasi dan aktiviti pembelajaran

Guru boleh memanipulasikan ruang yang ada untuk menjalankan aktiviti pembelajaran yang dirancang. Secara tidak langsung ia dapat menimbulkan kelainan seterusnya meningkatkan minat kanak-kanak terhadap proses pembelajaran. Di samping itu, ia juga dapat memberi keselesaan kepada kanak-kanak sewaktu aktiviti pembelajaran dijalankan.